Klasifikasi suara Penyanyi

Untuk membantu penggubah dan penyanyi, sistem klasifikasi diperkembangkan dari semasa ke semasa. Kuat atau laju suara seorang penyanyi menyampaikan nyanyian diambil kira, manakala sebilangan sistem merangkumi sifat-sifat bukan muzik seperti wajah penyanyi, betapa cekap seseorang penyanyi dalam bakat lakonan (amat penting dalam opera), dan juga sama ada penyanyi tersebut boleh melakonkan watak komedi. Di Jerman, rumah-rumah opera menggunakan satu kaedah pengisihan yang rumit yang digelar sistem fach yang mempertimbangkan kesemua unsur ini.

Klasifikasi lingkungan suara penyanyi dibuat mengikut tesitura, berat suara dan warna nada suara lantang. Walaupun menggunakan garis panduan ini, masih terdapat banyak kategori untuk klasifikasi suara. Berikut ialah klasifikasi mengikut lingkungan suara bagi wanita dan lelaki:

Ercole de' Roberti: Konsert, k.k. 1490

Masih terdapat banyak gelaran yang lain, termasuk soubret, heldentenor, koloratura dan basso buffo. Terdapat juga kategori-kategori untuk lelaki yang berupaya bernyanyi dalam nada suara wanita. Jenis suara ini adalah jarang, tetapi masih digunakan sehingga kini dalam opera. Dalam muzik era barok, banyak peranan telah ditulis untuk kastrato, iaitu penyanyi lelaki yang dikembiri ketika masih budak untuk mencegahkan perubahan suara mereka. Dengan latihan yang baik, penyanyi lelaki hari ini masih boleh bernyanyi untuk peranan ini. Jenis penyanyi ini dipanggil kauntertenor untuk peranan alto kastrato, dan sopranis (atau "sopranista") untuk peranan soprano kastrato.

Penyanyi-penyanyi juga boleh dikelaskan menurut gaya muzik yang dinyanyi mereka, seperti penyanyi soul dan vokalis karnatik.